Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011
Imej
YA RAHMAN YA RAHIIM……  Alhamdulillah wa Syukrulillah atas segala rindu yang kau tunaskan di hatiku buat seorang yang bernama KEKASIH.  Kurniaan cinta dan sayang ini adalah satu anugerah keakraban buat hamba-hambaMu  yang saling menyintai dan menyayangi keranaMu. <3 zAmIdA <3
Imej
Perempuan : Awak Cintakan Saya Lebih Dari Keluarga Awak? Lelaki : Tak... Perempuan : Kenapa? Sampai Hati Awak Buat saya Camni Lelaki : Saya Ada ALASAN Tersendiri.... Perempuan : Baiklah Saya Nak Dengar Dari Hati awak Sendiri.. Lelaki : Bila Saya Mula Melihat Alam Dunia, Bukan Awak Yang Tolong Azankan Saya Tapi Abah Saya. Bila Saya Menangis Di Tengah-Tengah Malam Bukan Awak Yang Tolong Tenangkan Saya Tetapi Emak Saya Tolong Dodoikan Semula, Jadi Tanpa Kesabaran & Kesungguhan Mak Bapak Saya. Siapalah Saya ?? Sebab Tu Saya Lebih Sayangkan Keluarga Saya Daripada Awak. Macam Saya Cakap Sebelum Ni, Menyayangi Mu Satu KEHARUSAN Akan Tetapi Mencinta Allah & Ibubapa Saya Satu KEWAJIPAN... ♥

Cantiknya Wanita

Imej
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan karena merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada kepribadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH Bukan karena keindahan paras rupa Sehingga menjadi fitnah Tetapi berpegang Akidah Solehah Dibalik tirai jiwa Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah Mengharap keridhaan kehidupan dunia akhirat 

Mutiara Kata

," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.   Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu   Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.